Isnin, Oktober 12, 2009

MERAWAT HATI YANG TERLUKA AKIBAT CINTA

Isnin, Oktober 12, 2009
Sememangnya diakui, saat putus cinta "seolah-olah kita bernafas" Saya pun mengakuinya jugak, siapa yang tidak sedih jika angan-angan bersama orang yang dicintai musnah begitu sahaja, kan?

Disini saya saya cuba untuk merawat hati yang terluka dengan melakukan perkara di bawah, masih lagi mencuba

Perkara pertama ialah Bertenang:
Selagi kita masih arah, sakit hati, dendam, bingung, tertekan dan sebagainya. Selagi itulah kita tidak akan mampu berfikir secara waras, perkara inilah yang selalu membuatkan kita bertindak di luar kawalan. Jadi, dengan itu, carilah jalan terbaik untuk bertenang merehatkan diri seperti bercuti.

2. Penuhi Masa
Biasanya orang yang baru sahaja putus cinta ini, suka berdiam diri, duduk di rumah dan bersebdirian. Sebenarnya cara ini adalah salah sama sekali. Apabila kamu biarkan dirimu bersendirian, ini bermakna kamu sengaja mengundang perasaan rindu kamu pada sidia datang lagi yang sekaligus akan membuatkan kamu bertambah terluka, Jadi sebaiknya isi masa lapang kamu untuk lepak bersama kawan-kawan atau sibukan diri kamu dengan membuat kerja yang berfaedah.

3. Buang Semua Kenangan
Selagi kita menyimpan semua kenangan yang akan wat kita refresh pada si dia, selag itulah kamu akan terus dalam keadaan murung kerana selalu teringatkan sidia tatkala melihat barang-barang kenagan dari sidia.Jadi kamu harus kumpulkan semangat untuk buang semua kenagan-kenagan masa lalu kamu bersamanya, kita tahu perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi percayaalah hanya dengan berbuat demikian kita akan dapat nyahkan dia dari hidup kita.

4. Jangan Berdendam

Tidak dinafikan sememangnya perasaan dendam dan marah kita pada sidia susah untuk dikikis sebagaimana mudahnya dia mengikis kita dari hidupnya dan sememangnya kita menunggu peluang untuk menuntut bela atas penderitaan yang kita tanggung. Namun berbaloi kah kita terus menyimpan dendam tersebut? Dan apa keuntungan yang kita dapat? leh itu, lupakan sahaja dendam itu, kerana dendam akan membuat kita tidak akan bahagia seharusanya percaya dan yakinlah bahawa, selagi kita berada pada kebenaran kita pasti akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

5. Lalui Hari Singgle Dengan Cool
Jangan rasa sedih dengan status kita yang kembali singgle. Percayalah hidup singgle juga punyai banyak kelebihanya. Andai dahuku kemana kamu pergi harus merujuk kepada sidia terlebih dahulu, dab kini kamu bebas ubtuk buat apa sahaja, bukan? Laluilah setiap hari-hari siggle kita dengan senyuman yang cool, saya percaya semuanya kan baik-baik sahaja.

6. Mulakan Hidup Baru
Jangan bersedih dengan cinta yang hilang, tapi percayalah pada lumrah alam, setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Apa pun, kegagalan yang kita hadapi hari ini, adalah sebuah aset untuk mematngkan kita supaya kita lebih bersedia menghadapi hari-hari mendatang. Percayalah, lebih ramai kita mengenali orang, maka lebih banyak lah pengalaman dan pengajarang yang dapat kita pelajari untuk mematangkan fikiran kita. Seterusnya kita ubahlah hidup kita dengan dunia yang baru, Mulakan hidup baru kita dengan senyuman yang pastinya.

Isnin, Mei 04, 2009

Again.....

Isnin, Mei 04, 2009

Rabu, April 01, 2009

My Work Station

Rabu, April 01, 2009
Disini la tempat ku bekerja di Warisan Global... Aku join warisan bulan 10, 2005 sampai la sekarang. Tempat duduk asalku adalah di logistik, tp atas arahan boss aku berpindah ke bilik gerakan PID... Seronok coz kawan2 seperjuangan ku disini. Boleh bising-bising, ketawa2, menyanyi2, main kejar2 pun boleh. Huahuahua
Meja kerja ku pula jangan tanyalah...beselerak sepanjang masa. Dah dikemas pun still juga mcm tu.

Macam-macam ada!!!

Ahad, Februari 22, 2009

FRIEND ????

Ahad, Februari 22, 2009

Friends tell you their secrets
Friends are meant to share
Friends are meant to cheer you up,
What happens when they're not there?

Is it hard when you don't have
Someone to lean upon?
When you need a friend to care,
but they, your friends, have gone?

What if you were split
Up from your best friend?
Do you think you'd care
If your friendship ends?

Would you slowly drift apart,
Go in separate ways?
Or would you both grow closer
Grow closer day by day?

What if your friends started
Saying things behind your back?
Would you stand and face them,
Or would your courage lack?

Perhaps it would be safer
To let your friendships mend,
Push these thoughts behind you,
And make the questions end.

My Hobi...

Dibawah adalah sebahagian koleksi frame gambar yang saya miliki. Bukan nya collecting stamps tetapi mengumpulkan/memiliki seberapa banyak frame gambar adalah hobi ku. Asal rupa bentuknya unique memang saya beli... Selalunya saya beli frame gambar ni di Living Cabin. Kalau ada masa terluang saya mesti singgah ke kedai tersebut. Macam-macam hobi manusia zaman sekarang kan. Anda pula bagaimana???


Sabtu, Februari 21, 2009

Kenali saya....

Sabtu, Februari 21, 2009
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristisebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Tetapi sekarang zaman moden zaman internet. Masyarakat Iban telah pun maju seperti bangsa-bangsa lain.

Bumi Kenyalang Sarawak

Ikan Terubok Masin amat terkenal di Sarawak. Dan menjadi makanan kegemaran khususnya penduduk sarawak. Keenakkan isi ikan terubok masin serta rangup apabila dimakan cukup menyelerakan. Apalagi jika ikan terubok masin dihidang dengan perahan limau kasturi dan cili padi. Yum yum..one of my favourite. Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Rugi kalau tak mencuba. Kalau nak pergi membeli sila kunjungi Pasar Satok di Kuching. Banyak pilihan disana. Nak yang kecil atau yang besar semuanya ada.

Kek Lapis Sarawak merupakan makanan tradisi masyarakat melayu Sarawak semasa musim perayaan. Sememangnya tidak lengkap rasanya jika sesebuah rumag tidak terhidangnya Kek Lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak mempunyai pelbagai corak dan rasa. Harga nya pula bergantung kepada corak.. So kawan-kawan semua. Teruja ye...

Kawan-kawa pernah makan ulat sago? Or pernah melihatnya di kaca televisyen saja. Comelkan. Apa lagi kalau ulat sago yang gemuk warna perang-perang, mata hitam besar dan masih bergerak-gerak gitu. Jangan risau ulat tersebut adalah satu sumber protien yang sangat baik. Ya juga bebas kolesterol. So kawan-kawan kalau nak berdiet tu makan la ulat sago. Hehehe....

Gambir Sarawak Asli ialah sejenis getah kayu yang hanya boleh di dapati di Bumi Kenyalang Sarawak. Gambir Sarawak bukanlah Viagra...tapi lebih hebat dari itu.. Nama saintifik UNCARIA GAMBIR. Ia digunakan sebagai ubat penahan sakit (sakit luaran seperti sakit gigi, bengkak gusi dan sebagainya). Ia bertindak seoerti bius. Ia boleh bertahan (kebas) diantara 2 hingga 6 jam bergantung jumlah diambil. Bagi sesiapa yang selalu mengalami sakit gigi, boleh cuba ya!!!

PROUD TO BE SARAWAKIAN!!!!!

WG February B'day Party @ Modesto, Cap Square (18/02/09)



Birthday babies for this month. Bless all of you!!!

Work Trip....

Tahun lepas bulan Disember, kami PID team telah mengadakan training di UiTM Kg Gajah, Perak (lupa la nama penuh). Training tersebut mengambil masa 3 hari. Dalam perjalanan balik semula ke KL kami terdiri daripada Ash, Moque, Redz, Emi, Ifa dan Abe sempat melawat ke Gua Tempurung dan Air Terjun Lata Kinjang. Sebenarnya kitaorang tak masuk pun dalam gua tu cuma ambil gambar je. Sebab kalau nak masuk kena berbayar.
So kita orang beronok-ronok laa. Check it out!




Bosan

Salah satu hobi saya bila masuk blog ni. Iaitu tukar template. Kalau ada yang lawa, cantik n unik sikit mula la saya tukar menyebabkan saya kadang2 jarang nak post apa2. Bagi sesapa yang selalu baca blog saya ni mesti naik angin kot. Wakakaka..... Sebenarnya banyak cerita yang saya ingin kongsi kan bersama. Tunggu ya!!!!

Khamis, Februari 05, 2009

Telefon Bimbit yang pernah ku gunakan dahulu

Khamis, Februari 05, 2009
Ingin ku kongsikan pengalaman saya bersama handphone yang pernah saya guna. Kesemua phone yang saya gunakan semua yang biasa-biasa saja. Tak mahal dan tak canggih pun.

HP Pertama KU. Nokia 3310 adalah antara hp kegemaran saya. Saya beli masa saya masuk kolej guna duit MARA. Hehehe. Kelebihannya tahan lama. Time tu popular tau!

HP Kedua ku...SDH x-400. Stylo juga la... Phone ni main flip sampaikan rosak dibuat oleh aku coz banyak kali tutup bukak tutup bukak... Skrin ni dah pernah rosak hntar repair dekat rm300. Sayang punya pasal...

Ni HP ketiga yang ku guna.. Nokia 3660. Saiz nya agak besar lebih besar dari tapak tangan aku sendiri.. (nak puji tangan aku dah kurus...heheh). Time guna phone ni memang byk application yang aku install sampaikan banyak kali format. Phone ni dah ku sedekah kan kat adik sbagai alat perlindungan. Bila ada sapa2 kejar tak kira la anjing..bole guna kan phone ni sbagai batu utk acara baling membaling..
HP Nokia 6770 ni pun masih saya gunakan sampai sekarang sbagai phone no 2 untuk num yg lain. Kiranya guna untuk waktu bkerja la.. coz guna num MAXIS..

HP ni adalah antara kegemaran ku. O2 Xda II mini. Pocket PC. Kira canggih juga la tetapi agak sukar digunakan kerana bergantung sepenuhnya pada skrin. Tak ada keypad. Kalau touch skrin tu rosak...habislah..

HP yang saya gunakan sekarang!! Actually bukan saya punya pun. Adik saya punya. Saja ja guna. Nak rasa kelainan

Selasa, Januari 06, 2009

50th Golden Anniversary Rev, Jonathan Ringgit & Winnie Lim

Selasa, Januari 06, 2009

Tanggal 28 Disember 2008 tempoh hari adalah sejarah bagi keluarga saya kerana meraikan 50th Golden Anniversary nenek dan datuk saya.
Mastermind di sebalik acara itu adalah my aunt sendiri, Rosaleena JR Kira disambut secara besaran juga la..siap pasang 2 khemah, catering lagi dan paling manis sekali kesemua anak-anakny dapat berkumpul untuk meraikannya.
Macam setiap event mesti ada tugas-tugasnya. Ada yang handle bahagian makanan, hiburan, tempat. Dan saya in-charge bahagian kesemua minuman tak kira minuman apa pun. Berkelip-kelip mata ketika menerima tugasan itu. Maknanya suka la tu..


Jumaat, Disember 26, 2008

2008 Chrismas

Jumaat, Disember 26, 2008


Christmas 2008 banyak memberi kenangan yang manis bg saya.. Seperti tahun lepas..this year no Xmas present. Tp itu tak penting..yg penting adalah semua ahli family saya dapat bersama2. Sekarang saya dah mula rindu kat my Daddy, Mummy, Jeycobs n Jerrold. Also my gorgeous Michelle n Mickey..
Miss and love u all

Ahad, Disember 14, 2008

To All

Ahad, Disember 14, 2008

click to create your own

Khamis, Disember 11, 2008

Christmas Datang lagi....

Khamis, Disember 11, 2008


Yeah...yeah Christmas datang lagi. Tidak sabar rasanya nak balik Sarawak. Rindu terhadap family makin membuak-buak. Lama tidak jumpa mereka terutama Mum, Dad and Jeycobs. Also my cute kitty Mickey and loyalty Michell.
I will fly on 20hb Dis, the earliest flight. Apalagi AirAsia la.. On 19hb saya dah cuti...next week la tu. Tak sabar nyaaaaa.....
Takut pulak nak tinggalkan rumah. Walaupun barang tak banyak tp mcm syang nak tinggalkan walaupun hanya seminggu....

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates